Pages

Thursday, 14 April 2011

iMaN MutiAra IdoP

  1.   Pengertian Iman : Iman dari segi bahasa : mengiktiraf dan membenarkan sesuatu tanpa mendustakannya. Iman dari segi istilah : Membenarkan dengan hati , mengikrarkan dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota.  Iman bertambah dan berkurang : Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah iman seseorang boleh bertambah dan berkurangan. : - Iman akan bertambah dengan melakukan ibadat dan ketaatan serta meningkatkan ilmu. - Iman berkurangan apabila melakukan maksiat.  Ciri-ciri orang yang bertambah iman : i- Mempunyai pengetahuan tentang Allah S.W.T dan rasulNya. ii- Banyak melakukan ibadat sunat seperti Qiamulail iii- Sentiasa berzikir kepada Allah S.W.T. iv- Selalu berfikir tentang kebesaran Allah S.W.T.  Maksud kemanisan iman : Berasa gembira dalam beribadat , sanggup menanggung kepahitan demi mendapat keredhaan Allah S.W.T dan rasulNya serta mengutamakan Allah S.W.T dan rasulNya melebihi harta benda dunia.  Cara mendapat kemanisan iman : i Cintakan Allah dan rasulNya melebihi segalanya. ii Mengasihi sesama manusia kerana Allah S.W.T. iii Benci kekufuran sebagaimana benci dicampakkan ke dalam api neraka.  Kelebihan mendapat kemanisan iman : i- Merasai nikmat beribadat ii- Membentuk diri berakhlak mulia. iii- Dikasihi oleh Allah S.W.T. iv- Bersedia berkhidmat untuk masyarakat. v- Tidak membuat perkara yang menyusahkan masyarakat. vi- Akan dihormati dan diteladani oleh masyarakat.

Wednesday, 13 April 2011

seorang Teman idop....